[“Islam bagus ini macam suka tolong orang” - Uncle Tang]
Uncle Tang, wakil penduduk Cina di salah satu pekan di Lipis bertanya kepada saya dalam Kantonis;
.
“Ini semua barang dari siapa? Saya mau kasi tau sama orang yang terima sumbangan ini.”
.
Maka saya menjawab;
.
“Uncle, ini barang semua dari kami sebagai NGO Islam yang duit kami dari sumbangan orang Islam. Kami NGO Islam & wang orang Islam tapi kami bagi sumbangan tanpa kira agama dan bangsa.”
.
Uncle Tang membalas;
.
“Ohh. Ini macam manyak bagus. Islam bagus ini macam suka tolong orang. Nanti saya kasi tau orang yang terima sumbangan.”
.
Uncle Tang merupakan antara wakil yang membantu kami mengedarkan hampir 400 pek bekalan kepada 400 keluarga di sekitar Kuala Lipis pada hari ini. Seminggu yang lepas, kami juga telah mengedarkan 300 pek bekalan asasi kepada perkampungan orang asli di Jengka, Pahang.
.
Kami di MRM mengucapkan Jazakumullahu Khairan kepada sahabat semua yang telah menyokong usaha kami yang memungkinkan semua bantuan ini disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Kami juga memohon maaf andai kami tidak mampu membantu semua yang memohon dengan dana & tenaga kerja yang terhad.
.
Buat makluman sahabat semua, setakat ini kami telah menyumbangkan lebih RM140,000 untuk membantu golongan asnaf, B40 dan juga untuk frontliners. Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala menerima sedikit usaha dari kita semua dan menjadi asbab kebaikan.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #covid19malaysia #mrmcovid19 #malakatmall #ppim @ Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur